Online Naya Diary Ehh sile sile masuk. Jemput Duduk! Penat jek Singgah ^_^

Thursday, November 5

TOMYAM MAMA

ASSALAMUALAIKUM.....

Ermmmm... harini teringat dekat rumah tetiba. Yelah kan, lepas kahwin ni weekend je baru balik rumah walaupun dari rumah sewa sendiri ke rumah mama baru 15KM je. Kadang-kadang balik ke rumah mertua pula, jadi rindu masakan mama tu memang tak boleh dinafikan lagi. Cuba tanya setiap para isteri, rindu tak masakan ibunya. Mesti semua rindu kan. Jadi, disebabkan rindu yang teramat sangat, badan ni gigihlah selongkar peti ais cari ilham nak masak apa yang berkaitan dengan mama, cewahhh...

Selongkar punya selongkar, tetiba datang idea nak masak tomyam. Sebabnya terpandangkan baby corn dan carrot yg semakin layu. Sebab taknak buang benda yg layu tu begitu saja, kita masaklah sesuatu yg berkaitan benda layu tu walaupun topik sebenarnya nak berkaitan dengan mama.. okey dah merepek..

Okey, kalau nak cerita pasal tomyam ni. Tomyam mama yang paling special sekali. Sebab apa saya kata macam tu? Ofcos laa sebab dari air tangan mama kita sendiri, tapi paling best mama suka letak capsicum atau nama saintifiknya lada benggala. Dan mama juga suka letak ubi kentang, yang biasanya kita jumpa dalam sup saja kan, tapi kalini di tambah di dalam tomyam. Sumpah de best!!!

LETS START~~~

Bahan-bahan:

Bahagian ayam yang disukai (saya pilih tight, leher, isi)
Fish ball - dipotong dua
Fish cake - dipotong dadu
3 biji ubi kentang - dipotong memanjang
Bunga kobis
Baby corn atau bunga jagung
Capsicum - dipotong dadu
Carrot atau lobak merak - dihiris bulat
1 ulas bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih - diketuk
2 tangkai serai - diketuk
Kiub Tomyam Knorr
Asam keping - ganti limau nipis sebab tak ada
Daun limau purut - dikoyak dua
Garam
Air


Cara-cara:

1- Sediakan semua bahan seperti yang dinyatakan di atas.






2- Panaskan air di dalam periuk. Apabila sudah mendidih, masukkan bahagian ayam yang disukai ke dalam periuk bersama kiub tomyam knorr. Biarkan sehingga mendidih.

3- Sesudah mendidih, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan serai yg telah diketuk. Kacau perlahan-lahan dan masukkan garam.

4- Kemudian, masukkan ubi kentang dan carrot, biarkan seketika.

5- Masukkan semua sayur dan baki bahan yg telah disediakan tadi. Tutup periuk biarkan sehingga empuk.

6- Sedia untuk dihidang.


Taraaaaaaaaa~~~

Akhirnya terubat rindu pada mama. Nak tahu kelazatan dan kelebihannya, cubalah sendiri. Capsicum tu akan melahirkan aroma yg terbaru dalam masakan tomyam, di mana tidak boleh didapati di mana mana kedai selain air tangan mama saya sendiri. hehehe. Sekian, saya halalkan resepi ini untuk semua.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, November 4

Hari Bersejarah Dalam Hidup

ASSALAMUALAIKUM....

Fuhhh... Fuhhhh.... Dekat dua tahun mendiamkan diri.. Sorry yea..
Berhabuk debu hama blog kita ni,
InsyaAllah lepasni dah rajin la hakak nak update,
sebab apa?? Sebab hakak dah jadi fulltime housewife sekarang ni
Caya tak, caya tak? ngeee ~

Okey, memandangkan saya dah lama nau tak update..
Jadi, bermacam benda dah berubah sekarang
Dari title, rupa, bentuk dan sewaktu dengannya.. hahahaha :D

Sebelum tu, saya mintak maap la pada sesiapa yg mengenali saya,
yang saya tak sempat nak jemput time wedding saya haritu,
SAYA MINTA MAAF YEEEEEEE~~~
Bukan apa, sejak dua menjak bermenjak menjak ni
memang saya tak taksub dengan online ni
Sentiasa sibukkan diri dengan habiskan study, preparation nak wedding, dan sebagainya..
Jadi nak online ni memanglah tak sempat.

Jadi, now saya nak share la serba sedikit
gambar semasa berlakunya wedding day haritu
Hari dah dekat sebulan lebih jadi wife orang
since 18 Nov 2015

JOm usha usha gambor ~~~~~







Lepas Akad Nikah



Malam Berinai saya pakai songket Royal Blue


Majlis sanding siang belah perempuan


Majlis sanding siang belah lelaki


My Family


Family Mertua di Kota Tinggi



Wahai suami,
Terima Kasih aku ucapkan kepadamu.
Walaupun kita kenal tidak lama,
tidak seperti pasangan lain,
yang bertahun bercinta,
sering bertemu mata,
tetapi kita mampu melahirkan cinta kita
yang tulus suci untuk bersama..
Suamiku,
Akhirnya Allah mendengar luahan kita,
Segala impian kita kini menjadi nyata,
Aku dan kau tinggal di bawah bumbung yang sama,
Makan di meja yang sama, menu yang sama,
Tidur di katil yang sama, berdua.
Sesungguhnya diri ini amat menyayangimu,
mencintaimu dan merindui mu selalu.
Moga kita sama sama kuat menempuhi alam yang baru,
memiliki dan dimiliki,
bahagia selalu.
Berkatilah hubungan ini ya Allah.. Amin..





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, July 2

KHAS UNTUK SEMUA GADIS





Assalamualaikum....

 “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (An Nuur: 26) 

Selalu dengar kan??? Entry ini sebenarnya khas untuk semua gadis-gadis yang belum berkahwin especially yang sudah menjaga separa kebaikannya dengan menutup kepalanya(aurat) dan mana tahu, mungkin dapat menjadi pedoman kepada yang masih menunggu 'seru' itu datang. ini bukan lah ceramah agama yer tetapi hanya nukilan hati saya sebagai seorang gadis berhijab yang merasakan maruah kami sudah tercemar dek kerana nila yang setitik itu!

Ketahuilah bahawa saya sentiasa sedar yang saya bukan lah 'perfect' dari segala aspek tetapi insyAllah, saya masih menjaga batas-batas saya sebagai seorang Hawa kerana saya sangat yakin yang Allah S.W.T masih melindungi saya dan terus-terusan melindungi saya. Alhamdulillah...Ya Allah, seriously perasaan ini sangat sukar diungkap dengan kata-kata, hanya air mata kesyukuran yang dapat mentafsirkan betapa kasih sayang Allah terhadap hambanya yang hina ini tidak terukur darjatnya....

Well, tiba-tiba sahaja malam ini kesedaran dan keinsafan datang dalam jiwa yang kosong ini selepas saya terbaca satu blog yang menyatakan betapa MARUAH GADIS BERTUDUNG sekarang sudah tercemar! beliau berkata jika tidak percaya cuba google-kan perkataan "Gadis Bertudung" maka macam-macam lah tajuk artikel atau images yang tidak 'senonoh' akan terkeluar. walaupun saya sedar betapa BENARNYA fakta ini tapi saya tetap lakukan seperti yang diarahkan. yup, itu lah RESULT nya! 

maka, saya tertarik untuk melihat dengan lebih jelas satu gambar gadis yang bertudung baik rupanya sedang tersenyum bahagia dicium pipinya oleh seorang Adam! NANTI, mungkin mereka sudah diijab qabulkan dan sah sebagai suami isteri? kesian kan kalau betul tapi kenapalah di-uploadkan gambar yang boleh mendatangkan fitnah itu? hmmmm.....maka, saya scroll dan terus meneliti satu-persatu gambar lain yang kebanyakannya dicuri tangkap oleh insan 'tidak bernama' dari celah-celah tangga/pokok/camera litar tertutup/yang terang-terang pon ada jerr...maka, adakah mereka ini kita patut andaikan sudah sah bernikah jugak???? lu pikirlah sendiri kan....

sorry, memang saya tak sudi nak menempelkan gambar-gambar tersebut di blog saya ini yang tidak lah 'sesuci' mana pun. ada satu blog saudara ini yang telah berjaya mengingatkan saya dengan TAZKIRAH nya dan semoga menjadi ingatan jua untuk anda.. kenapa sangat memberi kesan kepada saya? kerana beliau adalah seorang Adam yang menyatakan kekecewaanya terhadap gadis-gadis yang bertudung tetapi terpesong akhlaknya secara IKHLAS dan jujur tegurannya..

Nak tahu kenapa saya rasa tempiasnya?? saya tidak mahu membuat tafsiran jahat ke atas Adam ini dan saya tidak sesekali meletakkan dia sebagai pesalah kerana orang tua-tua kan cakap, "Pokok takkan bergoyang kalau takde angin yang bertiup". so, datang seorang Adam ini telah bertanya kepada saya adakah saya masih mempunyai tteeeetttttt?? (hopefully, korang faham lah~) Ya Allah, hanya Allah yang tahu apa yang saya rasakan ketika itu! rasa HINA SANGAT sangat dan saya sedar yang walaupun saya bertudung, orang di sekeliling tidak semua yang bersangka baik terhadap kita lebih-lebih lagi wujudnya seorang Adam seperti ini yang mengatakan dia pernah mengenali seorang wanita yang bertudung 'litup' tetapi sebaliknya 'menggoda' dia pulak kan. huh! SEKALI LAGI SAYA NYATAKAN bahawa "Pokok takkan bergoyang kalau takde angin yang bertiup" tapi ingin saya fokuskan kepada wanita tersebut kerana saya juga adalah seorang wanita dan bukannya Adam yang sepatutnya menjadi pelindung kan...

So, mari kita anggap sahaja apa yang Adam ini katakan benar dan dia bukanlah membuat-buat cerita hanya untuk 'memperdaya' dan 'menggoda' saya. huhu..sila menjadi open-minded untuk membaca luahan hati saya yang jarang-jarang ditulis ini erk. jadi dek kerana wanita yang mempunyai aqidah terpesong itu, maka Adam tersebut telah membuat tafsiran yang salah terhadap SEMUA WANITA yang lain, tidak kiralah yang bertudung dan apa ntah lagi yang free hair~ seriously, dengan selamba je dia berkata wanita sekarang tidak lagi menjaga 'mahkota' itu dan semuanya sama aje! Ya Allah, marah sungguh saya mendengarnya hingga bergenang air mata tau..huh! yer, memang selepas itu saya meng-'interview' dia tentang mengapakah dia mempunyai satu pemikiran yang 'tidak berlandaskan iman' itu kerana saya SANGAT TIDAK PUAS HATI dan selebihnya saya rasa sangat TERHINA! (yer, mungkin saya juga melakukan kesalahan yang menyebabkan dia meletakkan saya setaraf dengan wanita tersebut...nauzubillah....)

Dipendekkan cerita, Insyallah sudah saya terangkan apa yang mampu dan mungkin 'buktikan' pada beliau bahawasanya masih ada lagi gadis-gadis yang Allah kurniakan iman dalam dirinya walaupun mungkin tipis tetapi cukup tebal untuk melawan nafsu diri daripada menjadi seperti 'mawar yang sudah pudar warnanya?' atau 'mawar yang hilang durinya?' atau apa-apa aje lah kiasannya! hehe..sorry, memang saya berkias-kias kerana saya sendiri MALU untuk menulisnya dengan terlalu jelas. jika anda tidak memahaminya, maafkan saya kerana hanya ini yang saya mampu coretkan untuk dijadikan sebagai peringatan sesama kita erk...

Insyallah, mari kita doakan semoga Allah memberi peluang untuk Adam tersebut bertaubat di atas kesilapan yang mungkin pernah dilakukan dan semoga Allah menerima taubatnya itu...amin.. 

Maka, pembaca semua yang mungkin terkejut dengan ke-skemaan saya pada malam ini. saya hanyalah mahu berkongsi tentang apa yang saya rasakan dan telah alaminya secara REAL kerana teringat kembali apabila terbaca artikel seorang blogger itu. yup, THANKS a lot to him/her.

Insyallah, satu mahkota yang paling berharga dalam diri SETIAP gadis itu masih kental dipertahankan dan ianya hanyalah untuk suami yang saya nikahi secara sah di sisi Allah S.W.T dan assuredly, beliaulah Adam yang bakal saya cintai sehingga ke syurga...amin Ya Rabbal Alamin..  ;)



Ku tanya pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti...
Aminn....




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, October 19

ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUM eblibadi :)

Fuhhh, fuhhhh! Berkerakk dah encik belog nii..
Pekaboo?? Naya? Alhamdulillah ..
Go to the title, ceewaahhhhh! sepikingg :D
Alhamdulillah for what naya?

Alhamdulillah, sebab sehingga hari ini naya masih mampu bernafas,
mampu menaip lagi ..
suspen bukan?? HAHA , gurau ..
Act bukan apee, sibuk sikit laa..
Apa tak nyaa, do meniaga dah sekarang..
Jadi bissneswoman, perniagaan mesti laa kena mantop, series bekojee..
Baru rezeki melimpah ruah.. Iyee dok??

Maaf sekali lagi sebab jarang mengapdet belog..
Harap semua tak buat muka comel lagi iyee..
Doakan perniagaan naya :)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, July 26

ANAK MAMA

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)


Hari ni naya nak share kat korang pasal cayang cayang bucuk naya.
hehehe, pakwe??? Ohh nooooo!
KUCING :)




Ini anak first naya, naya bela dari kecik lagi, name dye MAKTEH :)
Act disebabkan rumah naya dekat dengan pasar,
so banyak laa kucing kcing yang dibuang berkeliaran dekat belakang rumah.
Abah yang start ambik dulu, sebab abah cakap makteh nii asyik duduk dekat tayar kereta.
Time tu makteh kecik lagi.
Bila besar makteh jadi agresif, garang semacam.
Pantang ada kucing lain lalu dekat dalam rumah.
Terus disambarnyee.
Kalau perasan telinga kiri makteh hampir putus sebab bergaduh dengan kucing jantan baru2 ni.
Berdarah lagi tuu.
Ishhhh3,makteh special dengan mata dia.
Sebelah biru, sebelah kuning.
heeee, skang makteh dah tua daa.


Ini dekteh. hehe
Anak kepadamakteh.
Tapi sekarang dah sama besar macam mak die.
Dia sorang je anakmakteh yang bole hidup lama.
Tengok muka dia, hidung dia.
Berparut, macam mail lambung.
HAHA, ade kisah disebalik parut tu.
Time tu mama naya nak bakar sampah, 
rumah ni takde lighter sebab abah tak merokok.
Mama bawak keluar surat khabar dicucuh dekat dapur gas dekat dapur.
Lepastu dekteh ni dok sibuk ikot mama, api dah nak menyambar tangan mama.
Mama lepaskan surat khabar tu dn terkena dekteh.
Berlari dekteh tahan panas.
Lepas dari kejadian tu, dekteh tanak makan.
Sebab hidung yang berfungsi untuk menghidu makanan rosak.
Tapi sekarang dekteh makin pulih.
Alhamdulillah.
Dekteh baru beranak 3minggu lepas.
Tapi anak dia makteh yang susukan. 
Tak caya?
Tengok ni ...


Hehe, ade jugak wane putih, lepas ni yang ptuih tuu jadi cuteh laa.








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen