Online Naya Diary Ehh sile sile masuk. Jemput Duduk! Penat jek Singgah ^_^: May 2012

Saturday, May 19

PENGORBANAN SEORANG LELAKI



Nana seorang gadis yang manja dan cantik. Dia amat rapat dengan Tajol, abang kandungnya. Ke mana sahaja dia pergi abangnya mesti ada menemani dia dan menjadi kawan baiknya. Paei, kawan abangnya yang juga menjadi teman baik Nana selalu bersama mereka.

Paei ada menyimpan perasaan cinta kepada Nana, tetapi oleh sebab keadaan yang tidak sesuai dia terpaksa merahsiakan perasaannya kepada Nana dan juga Tajol. 

Kemesraan mereka bersama sama membuatkan perasaan Paei makin kuat dan kuat. Sampailah satu hari dia cuba meluahkan kepada Nana. Paei membawa Nana ke taman permainan yang hampir dengan rumah Nana dan meluahkan segala perasaannya kepada Nana dengan hati yang suci dan ikhlas. Selepas mendengar penjelasan dari Paei, Nana terus lari masuk ke dalam rumah dan menangis sepuas hati. Tajol yang hairan dengan keadaan Nana, terus menuju ke arah Paei. Paei menjelaskan segalanya dan Tajol faham.

Untuk beberapa bulan Nana tak mahu jumpe Paei sebab terkejut yang teramat sangat kerana Paei menganggapnya lebih dari seorang adik kerana Nana telahpun anggap Paei seperti abang kandungnya sendiri.

Satu malam tu, Paei ajak Nana dan Tajol pergi makan malam dan lepak same same macam dulu dulu. Pada mulanya Nana tak nak, tetapi apabila dah dipujuk Nana pon setuju walaupun malu untuk berhadapan dengan Paei. 

Macam biasa mereka bergurau senda dan rapat seperti biasa. Paei juga malu dengan Nana berlagak macam biasa apabila melihat Nana gembira dengan semua lawaknya pada malam itu. Nana lebih mendiamkan diri dan cover2 sebab malu sangat dengan Paei.

Di dalam kereta apabila dalam perjalanan balik, Tajol buka lagu yang popular pada masa itu "Pujaan Hati-Kangen Band". Dan Paei nyanyi dengan kuat berharap agar Nana dengar semua rintihan hatinya. Mungkin Nana pada masa itu agak blur dan kurang faham dengan maksud yg diperlakukan oleh Paei mengetuk kepala Paei dan berkata "Diamlahh, Nana nak dengar orang tu nyanyi, bukan Paei!!!". Paei ketawa kuat2 dan cubet pipi Nana sebab Nana comel sangat pada masa itu. 

Setibanya di depan rumah, mama Nana menyambut kepulangan mereka, Paei berkata kepada mama Nana, "Auntie, Paei pinjam kejap anak auntie nii tadi, nahh amek balik Paei pulangkan, Tak larat nak jaga. Degil sangat!! HAHAHAHA." 

Nana sakit hati dengan Paei pijak kaki Paei kuat kuat. Then lari masuk rumah. Paei gelak melihat karenah Nana yang seperti budak kecik tu. Malam tu mereka mesej bersama dan Paei mengatakan dia mahu tidur dan meminta Nana untuk bangun awal esok sebab ada benda dia nak cakap dekat Nana. Nana yang blur cuma menjawab "iye" sebab ngantuk yang teramat sangat.

Keesokan pagi, Nana bangun awal seperti yang disuruh. Nana menunggu panggilan dari Paei. Tetapi tiada, Nana hanya menunggu dan menunggu. Sampailah telefonnya berdering. Dari luar Nana dengar dan berlari masuk ke dalam rumah dengan harapan nombor Paei yang naik, tetapi nombor mama Paei yang naik. Mungkin kredit takde kot. Nana angkat seperti biasa dan mendengar suara kakak Paei di hujung talian. Kedengaran esak esak tangis nya dan meminta Nana untuk bersiap kerana sebentar lagi dia jemput.

Nana yang kehairanan bersiap dan menunggu kakaknya. "Apa lagi yang Paei nak buat nii. Suka sangat buat kejutan, Nasib baik tak ada sakit jantung. Kalau tak dah arwah dah aku." keluh Nana. Kakak Paei sampai dan bawa Nana ke rumah. Nana nampak ramai sangat di hadapan rumah Paei, "Ehh ade majlis ke? Ke birthday dia ni? Takkan la aku lupa". Nana masuk ke dalam rumah dan melihat sekujur tubuh kaku di depan mata Nana. Nana yg blur tidak dapat menangkap siapa punya tubuh itu, dan apabila mama Paei buka wajahnya, Nana rasa lemah, kejang dan rebah.

Apabila sedar, Nana lihat orang tengah kemas kemas. Dan Nana menjerit nama Paei. Kakak Paei datang dan tenangkan Nana. Waktu itu Nana tidak tahu apa yang Nana rasakan, cuma mahukan Paei bangun dan pujuk Nana dan berkata ini adalah khayalan semata mata. Tapi Nana tak ada kuasa seperti itu. Selepas Nana mula stabil, Kakak Paei hulurkan kotak yang besar. Dan tertulisnya sepucuk surat di dalam kotak itu. Kakak dia memberitahu bahawa Paei dah lama mahu bagi kotak ini pada Nana tetapi tidak berkesempatan dan tidak ada kekuatan. Nana mengambil dan buka dengan sayu. Surat yang ditulis berbunyi

Assalamualaikum Nenek yang comel :)
Di kesempatan ini Paei nak mintak maaf dekat Nana kalau surat Paei ni buat Nana terkejut. Paei cuma nak Nana tahu Paei dah jatuh cinta dekat Nana dan terlalu cintakan Nana. Paei sayang Nana lebih dari seorang abang kepada adiknya dan sayangkan Nana lebih dari Paei sayang diri Paei sendiri. 
Maafkan Paei Nana..
Kalaulah Paei tak mampu memiliki Nana di dunia ini, berilah kesempatan kepada Paei untuk memiliki Nana di dalam syurga yang kekal abadi nanti. Nana jangan sedih lagi, buruk la macam BADUT!! :)
Ingat Paei sayang Nana sangat sangat.

Your love, Paei

Dan Nana melihat di dalam kotak itu tersimpannya semua benda yang berkaitan dengan mereka. Tiket Wayang, Resit pembelian barang, Gambar bersama. Semua itu membuatkan Nana rasa lemah sangat dan menyesal kerana tidak mengetahui semua ini dari dulu.



# kisah di atas adalah kisah benar yang Naya dengar dari Nana ataupun nama penuhnya Nurdiana Ariena Bt Muzamier. Paei dikatakan kembali ke rahmatullah pada 18 November 2010 meninggal semasa tidur. Hayatilah kisah yang menyayat hati ini buat pedoman  kepada kita semua. Al-Fatihah kepada Muhammad Rifaie.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, May 13

SELAMAT HARI IBU, MAMA

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)

Entry kali nih, naya nak cerita pasal SESUATU YANG PALING BERHARGA dalam hidup naya. Iaitu MAMA :)

Dikesempatan ini, akak nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mama yang tersayang PUAN MAZLINDA BINTI RAHMAT. Akak sayang mama dunia akhirat!

Terima Kasih sebab mama dah lahirkan akak, dah jaga makan minum and pakai akak selama ni. Semua tuh akak tak mampu nak balas. Amat besar pengorbanan mama untuk akak!

Akak mintak maaf sebab selalu bantah cakap mama, selalu malas bila mama suruh. Mengeluh, Mendengus. Semua tuh akak mintak ampun maa :( 

Bila mama suruh picit kaki, semua anak anak mama buat buat tidor la, buat buat nak pegi dapur la, nak makan laa. kejap laa, ape laa. Tapi mama tetap senyum, mama tak marah pon. Bila tengok TV tangan mama gatal kena gigit nyamuk, mama selalu suruh akak garu kann. Mama nak manja dengan anak mama kan :)

Tapi satu benda yang akak mengalir air mata, Bila mama suruh akak masak and kemas rumah, Tapi akak cakap nanti, nanti. Sampailah mama bangun buat sendiri benda tu tanpa cakap ape ape, then mama siap panggil akak suruh makan. Ya Allah, betapa sucinya pengorbanan seorang ibu.

Maafkan semua kesalahan akak selama ni, akak sayang mama sangat sangat. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen