Online Naya Diary Ehh sile sile masuk. Jemput Duduk! Penat jek Singgah ^_^: June 2012

Tuesday, June 19

SENI

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)

Okeyy hari ni cikgu nak ajar pasal seni. Ehemmm, testing testing! HAHA, berangan jek lebih si naya nii.
Heee, nak post pasal saya ada bebanan yang sangat lah besar pada short sem kali ni.
Ape yang besar??? huhhh! Panjang cerite dia <
Okeyy dipendekkan cerita sem ni naya ambik subjek SENI DAN KRAF UNTUKKANAK-KANAK.
Whattt? best? HAHA, best sangat! << Ikhlas okengg !
Inilah hasil hasil nurkilan yang telah naya curahkan untuk tatapan anda anda dan anda semua.
Silalah terkejut !






okey yang last tuh gambar fail atau folder di mana letaknya semua hasil kerja seni untuk dihantar kepada lecturer.
Fail itu naya buat pakai mounting board, and di balut dengan beg antivirus avira, HAHA.
Tahu kann, laaa pelik? Cakap seni! hikhik :D
Thanks for reading.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, June 11

6 SEBAB LELAKI MEMILIH ISTERI SEORANG GURU


ASSALAMUALAIKUM eblibadi :)


Tuuudiaaa tajuk kali nii. HAHA :D
Awat cheq cakap lagu tuu?? 
Ni sebab dia ...


1. Hidup Berjadual. 

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau korang tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan. 

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh. 

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah. 

7.10 pagi : Sampai sekolah. 

7.30 pagi : Mula kelas. 

10.10 pagi : Rehat 

10.30 pagi : Masuk kelas lagi. 

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah) 

Senang kan? 

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak. 

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa apa) 

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam 

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu 

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. 


Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai nak jatuh cinta dengan murid pulak! *dah macam cite seindah sakura plak) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.
Pernah tak dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama. Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa? 

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi) 

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

  • Nak bagi markah, ada skema jawapan.
  • Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
  • Nak tanda kertas, ada garis panduan.
  • Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
  • Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
  • Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
  • Bila boleh nak menipunya.
  • Nak berpeleseran? Jauh sekali. Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……” Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu? Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi. 

4. Terapi melepaskan tekanan. 


Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini. 

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah? Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan. 

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari. 


Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru. 

Pengalaman seseorang, pada kawan-kawan yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan  nak pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar. 

S1 : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini. 

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang. 

S1 : Kau nak yang macam mana? 

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu. 

S1 : Eh? Kenapa tak nak doktor juga? 

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah. 

S1 : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu? 

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa. Masuk kelas itu, budak-budak tengok. 

S1 : Amboi kau. 

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau. 

S1 : Kenapa? 

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa) 

S1 : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa) 

6. Penampilan. 


Ini sengaja naya tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa. 

Dari segi wajah dan sebagainya, naya tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu? 

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok. 

Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!” 

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila. Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan korang  tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Kan?



Itu alasan saya kenapa lelaki mahukan isteri mereka seorang guru. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, June 8

BATU dan PERMATA

Kadangkala kita terlalu sibuk mengutip permata yang kita jumpa sepanjang perjalanan..

 sehinggakan kita terlepas batu yang sudah kita genggam di dalam tangan. 

Walaupun batu tersebut tidak seindah permata, 

kita lupa bahawa batu itulah 

yang melengkapi kita kerana kita ialah permata baginya...






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, June 7

RAHSIA TELUR MASAK KICAP

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)


Hyeeee!!! *buat muka excited sikit!
Okey hari ni naya nak story about Realiti bla bla bla..... *tengok tajuk atas pliss :)
Alaa..biasalah kan. Kalau dah name budak universiti, bukan nak bangga tapi kenyataannya, duit dekat poket tak penah penah cukup.
Bukan maksud boros, tetapi nak survive diri dekat situasi macam ni tersangatlah mencabar.
Tak percayee???? G try masuk tengok.
Bukan nak kata barang mahal, yang tu satu sebab la.
Nak berjimat tu susah. 
Tak tahu laa kalau korang yang gile gile jimat, Insyaallah boleh kot.


So hari ni, saya Nurul Nadia Shuhani nak mengupas tips tips untuk berjimat.
Yang boleh memuaskan hati kalian kalian semua ya! << kecek indon!
Okeyy mengikut tips naya, naya boleh makan 4ringgit sahaja untuk 5hari.
Wow!! buat muke terkejut sikit :P
Yesss! Ini benar benar kejadian! Bukan cobaaan! HAHA ~


Caranya? Lets try it!
Make sure dekat rumah or hostel korang ada dapur gas or karen tak kisah la.
Kicap, tak kira jenama ape. Sebat jek!
Then bawang merah or bawang besar. Cili padi jangan lupa! *nampak benor orang Melaka. Tak pedas tak hidup!
Minyak masak, garam dan perasa tambahan. Tak kisah laa cukup rasa ke, pasti sedap ke. Okey jek.
Serbuk lada hitam. *tak penting sangat :)
Beras untuk masak nasi, karang nak makan ape. HAHA.


Okey benda benda tu kalau ade, kompom jadi eksperimen belanja hanya 4ringgit untuk 5hari.
Korang boleh total kan balik berapa ringgit korang boleh jimat.
Selepas itu, korang beli telur 10biji.
Jangan beli banyak sebab telur ni cepat busuk :)
If kat tempat naya, 40sen sebiji, so jatuh 4 ringgit untuk 10biji.
So kalau dah ada semua benda ni.
Korang boleh la goreng telur masak kicap, alaaa takan tak reti kot.
Makan dengan nasi.
Ehhh tak reti? Nak kena ajar laa ni? Eishhhh2.


First step, korang gorengkan telur mata dekat dalam kuali.
Make sure jangan hangus ea :P
Lepas tu, angkat telur yang sudah masak, letakkan di dalam mangkuk.
Then, tanpa menutup api dapur, gunakan minyak yang sama untuk menggoreng bawang yang dipotong nipis.
Masukkan serbuk lada hitam*jika ada.
Perasa tambahan dan garam secukup rasa dimasukkan sekali.
Tumis sehingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau.
Kemudian tuangkan kicap dan dikacau sebati.
Masukkan cili padi.
Tutup api dapur, dan tuangkan kuah kicap yang telah siap di dalam mangkuk yang berisi telur mata.
Sedia untuk dihidang.


Nasi boleh masak sendiri kan?
Tak perempuan laa kalau tak reti. HAHA :D
Nak tengok hasilnya??








Taraaaaaaa! Juadah hari hari.
Sumpah terbaik!!
Selamat Mencuba :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, June 6

PTPTN DIMANSUHKAN?? WHAT!!

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)

PTPTN dimansuhkan?? Ape semua nii? Mesti time korang dengar benda benda macam ni jantung korang dupdapdupdap kann! Mana nak carik duit nak bayar pengajian, dah belajar setengah jalan dah. Haihhh! Tadi naya pergi debat isunya "Pendidikan Percuma". Penceramah dia RAFIZI RAMLI. Memang PTPTN akan dimansuhkan.
Dalam debat sesi dialog tu, dia menyatakan bahawa ada 3golongan yang termasuk dalam isu ini. 
Golongan pertama iaitu golongan yang meminjam PTPTN dah tamat pengajian malah telah bayar. Golongan ini akan bersuara penuh kerana mereka telah membayar semua duit pinjaman tersebut. Penasihat menjawab golongan ini akan diberi wang cash ataupun diberi pilihan untuk sambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi secara percuma. WOW!!
Golongan kedua adalah golongan yang meminjam PTPTN dah habis pengajian tetapi tidak membayar lagi. Penasihat mengatakan golongan ini golongan yang bertuah kerana mereka akan tersenyum mengucap alhamdulillah bahawa bebanan mereka lepas selepas lepasnya! WOW!!! Tak aciiii!!
Golongan ketiga iaitu yang terakhir golongan yang meminjam PTPTN tetapi masih belum menamatkan pengajian, ataupun berada di tengah tengah pengajian PTPTN dimansuhkan begitu sahaja. Golongan ini paling kesian kerana PTPTN tidak dapat menolong mereka meneruskan pengajian. 
Saya selaku golongan yang ketiga amat amat tidak berpuas hati. Di mana masa depan kami yang berasal dari keluarga yang sederhana, di mana caranya untuk kami mengubah kehidupan keluarga kami setelah kami sendiri tidak mempunyai wang yang cukup. Lihat pula disudt pandangan keluarga yang susah, tak kan mahu melihat keluarganya terus susah. Hanya orang kaya orang yang mampu je boleh jadi pandai. Ini sangat sangat tidak adil bagi kami!!!
Tolonglah dengar rayuan kami sebagai orang yang tidak berkemampuan untuk menimba ilmu! Mencari ilmu untuk mengubah kehidupan keluarga kami! Huh!





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen