Online Naya Diary Ehh sile sile masuk. Jemput Duduk! Penat jek Singgah ^_^: 2012

Friday, October 19

ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUM eblibadi :)

Fuhhh, fuhhhh! Berkerakk dah encik belog nii..
Pekaboo?? Naya? Alhamdulillah ..
Go to the title, ceewaahhhhh! sepikingg :D
Alhamdulillah for what naya?

Alhamdulillah, sebab sehingga hari ini naya masih mampu bernafas,
mampu menaip lagi ..
suspen bukan?? HAHA , gurau ..
Act bukan apee, sibuk sikit laa..
Apa tak nyaa, do meniaga dah sekarang..
Jadi bissneswoman, perniagaan mesti laa kena mantop, series bekojee..
Baru rezeki melimpah ruah.. Iyee dok??

Maaf sekali lagi sebab jarang mengapdet belog..
Harap semua tak buat muka comel lagi iyee..
Doakan perniagaan naya :)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, July 26

ANAK MAMA

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)


Hari ni naya nak share kat korang pasal cayang cayang bucuk naya.
hehehe, pakwe??? Ohh nooooo!
KUCING :)




Ini anak first naya, naya bela dari kecik lagi, name dye MAKTEH :)
Act disebabkan rumah naya dekat dengan pasar,
so banyak laa kucing kcing yang dibuang berkeliaran dekat belakang rumah.
Abah yang start ambik dulu, sebab abah cakap makteh nii asyik duduk dekat tayar kereta.
Time tu makteh kecik lagi.
Bila besar makteh jadi agresif, garang semacam.
Pantang ada kucing lain lalu dekat dalam rumah.
Terus disambarnyee.
Kalau perasan telinga kiri makteh hampir putus sebab bergaduh dengan kucing jantan baru2 ni.
Berdarah lagi tuu.
Ishhhh3,makteh special dengan mata dia.
Sebelah biru, sebelah kuning.
heeee, skang makteh dah tua daa.


Ini dekteh. hehe
Anak kepadamakteh.
Tapi sekarang dah sama besar macam mak die.
Dia sorang je anakmakteh yang bole hidup lama.
Tengok muka dia, hidung dia.
Berparut, macam mail lambung.
HAHA, ade kisah disebalik parut tu.
Time tu mama naya nak bakar sampah, 
rumah ni takde lighter sebab abah tak merokok.
Mama bawak keluar surat khabar dicucuh dekat dapur gas dekat dapur.
Lepastu dekteh ni dok sibuk ikot mama, api dah nak menyambar tangan mama.
Mama lepaskan surat khabar tu dn terkena dekteh.
Berlari dekteh tahan panas.
Lepas dari kejadian tu, dekteh tanak makan.
Sebab hidung yang berfungsi untuk menghidu makanan rosak.
Tapi sekarang dekteh makin pulih.
Alhamdulillah.
Dekteh baru beranak 3minggu lepas.
Tapi anak dia makteh yang susukan. 
Tak caya?
Tengok ni ...


Hehe, ade jugak wane putih, lepas ni yang ptuih tuu jadi cuteh laa.








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, July 3

KOSONG versi SPAIN vs ITALY


Najwa Latif - Kosong *versi SPAIN vs ITALY 



Kau melihat La Roja
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Euro dan World Cup

Italy mendustai fans
Kau bilang Baloteli terrer
Siapa dirinya
Sedangkan dia Super Mario

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuat Italy rasa
Kosong...kosong


Setiap detik 90 minit
Kau cari refferee putar belitkan
Kau jadikan Italy
Kosong...kosong


Kini Spanyol bangkit
Membuktikan yang Italy rasa sakit
Dengan muke perit yang Italy berikan


Kini Torres pantas berlari
Bergerak ke hadapan
Dan akan dia buktikan
Siapa dirinya yang sebenar
Kosong...kosong

Membuat Italy rasa
Empat.....Kosong :D




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, July 2

BURGER JOHN made by NAYA

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)


Okey hari nii naya nak ajar korang menu terbaru yang terbaik dari ladang! HAHA, Resepi Burger John :)
Act resepi ni mama naya selalu buat dekat rumah, tapi mama selalu pakai roti john yang panjang tuuu, alaaa yang macam dekat pasar malam selalu jual tuu.
Tapi hari ini, saya chef Naya akan ajar korang cara termudah untuk membuat burger john ala ala roti john.


Okeyy make sure korang ada benda alah nii dulu ,




1- Daging kisar from Ramly burger :DD *jenama lain pon tak kisah 




2- Roti burger, beli yang bundle lagi cunn tauu :)




3- Telur ayam. Kalau nak pakai telur itik kee kambing kee, ikot selera hampa naaa :DD




4- Mayonis lady's choice, jenama lain pon bolee.




5- Secukup rasa :) Ini penting bagi menggantikan bawang, garam, and sayuran lain .




Kalau kesemua 5 barang kat atas nii korang dah prepare, dah beli, dah selongkar. So mulakanlahh operasi membuat Burger John nii haa.


Langkah pertama, hancurkan daging kisar di dalam mangkuk dengan menggunakan sudu.




Kemudian, masukkan dua biji telur ke dalam daging yang telah dihancurkan tadi.




Kacau rata, dan masukkan mayonis serta cukup rasa bagi menambahkan perasa pada burger john kitaa. Lagi cun kalau create nama 'naya' dekat situ. mesti sedap lagi kot! HAHAHA :DD




Sapukan bancuhan tadi di atas roti burger jangan terlalu tebal, jangan terlalu nipis sangat. Ikot kesesuaian roti anda :)




Kemudian masak di atas kuali leper, tepekk jek atas kuali tu dan lakukan aksi seperti penjual burger yang paling comel abad ini. HEEEEE :) Burger John sedia dihidang <3




Then kalau nak menarik lagi, korang plus laaa timun, kobis, salad or wateva, letak sosand mayonis! Perhhhhh, terbaik tauuu.


Selamat Mencuba :)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, June 19

SENI

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)

Okeyy hari ni cikgu nak ajar pasal seni. Ehemmm, testing testing! HAHA, berangan jek lebih si naya nii.
Heee, nak post pasal saya ada bebanan yang sangat lah besar pada short sem kali ni.
Ape yang besar??? huhhh! Panjang cerite dia <
Okeyy dipendekkan cerita sem ni naya ambik subjek SENI DAN KRAF UNTUKKANAK-KANAK.
Whattt? best? HAHA, best sangat! << Ikhlas okengg !
Inilah hasil hasil nurkilan yang telah naya curahkan untuk tatapan anda anda dan anda semua.
Silalah terkejut !






okey yang last tuh gambar fail atau folder di mana letaknya semua hasil kerja seni untuk dihantar kepada lecturer.
Fail itu naya buat pakai mounting board, and di balut dengan beg antivirus avira, HAHA.
Tahu kann, laaa pelik? Cakap seni! hikhik :D
Thanks for reading.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, June 11

6 SEBAB LELAKI MEMILIH ISTERI SEORANG GURU


ASSALAMUALAIKUM eblibadi :)


Tuuudiaaa tajuk kali nii. HAHA :D
Awat cheq cakap lagu tuu?? 
Ni sebab dia ...


1. Hidup Berjadual. 

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau korang tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan. 

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh. 

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah. 

7.10 pagi : Sampai sekolah. 

7.30 pagi : Mula kelas. 

10.10 pagi : Rehat 

10.30 pagi : Masuk kelas lagi. 

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah) 

Senang kan? 

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak. 

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa apa) 

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam 

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu 

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. 


Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai nak jatuh cinta dengan murid pulak! *dah macam cite seindah sakura plak) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.
Pernah tak dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama. Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa? 

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi) 

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

  • Nak bagi markah, ada skema jawapan.
  • Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
  • Nak tanda kertas, ada garis panduan.
  • Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
  • Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
  • Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
  • Bila boleh nak menipunya.
  • Nak berpeleseran? Jauh sekali. Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……” Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu? Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi. 

4. Terapi melepaskan tekanan. 


Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini. 

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah? Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan. 

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari. 


Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru. 

Pengalaman seseorang, pada kawan-kawan yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan  nak pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar. 

S1 : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini. 

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang. 

S1 : Kau nak yang macam mana? 

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu. 

S1 : Eh? Kenapa tak nak doktor juga? 

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah. 

S1 : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu? 

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa. Masuk kelas itu, budak-budak tengok. 

S1 : Amboi kau. 

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau. 

S1 : Kenapa? 

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa) 

S1 : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa) 

6. Penampilan. 


Ini sengaja naya tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa. 

Dari segi wajah dan sebagainya, naya tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu? 

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok. 

Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!” 

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila. Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan korang  tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Kan?



Itu alasan saya kenapa lelaki mahukan isteri mereka seorang guru. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, June 8

BATU dan PERMATA

Kadangkala kita terlalu sibuk mengutip permata yang kita jumpa sepanjang perjalanan..

 sehinggakan kita terlepas batu yang sudah kita genggam di dalam tangan. 

Walaupun batu tersebut tidak seindah permata, 

kita lupa bahawa batu itulah 

yang melengkapi kita kerana kita ialah permata baginya...






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, June 7

RAHSIA TELUR MASAK KICAP

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)


Hyeeee!!! *buat muka excited sikit!
Okey hari ni naya nak story about Realiti bla bla bla..... *tengok tajuk atas pliss :)
Alaa..biasalah kan. Kalau dah name budak universiti, bukan nak bangga tapi kenyataannya, duit dekat poket tak penah penah cukup.
Bukan maksud boros, tetapi nak survive diri dekat situasi macam ni tersangatlah mencabar.
Tak percayee???? G try masuk tengok.
Bukan nak kata barang mahal, yang tu satu sebab la.
Nak berjimat tu susah. 
Tak tahu laa kalau korang yang gile gile jimat, Insyaallah boleh kot.


So hari ni, saya Nurul Nadia Shuhani nak mengupas tips tips untuk berjimat.
Yang boleh memuaskan hati kalian kalian semua ya! << kecek indon!
Okeyy mengikut tips naya, naya boleh makan 4ringgit sahaja untuk 5hari.
Wow!! buat muke terkejut sikit :P
Yesss! Ini benar benar kejadian! Bukan cobaaan! HAHA ~


Caranya? Lets try it!
Make sure dekat rumah or hostel korang ada dapur gas or karen tak kisah la.
Kicap, tak kira jenama ape. Sebat jek!
Then bawang merah or bawang besar. Cili padi jangan lupa! *nampak benor orang Melaka. Tak pedas tak hidup!
Minyak masak, garam dan perasa tambahan. Tak kisah laa cukup rasa ke, pasti sedap ke. Okey jek.
Serbuk lada hitam. *tak penting sangat :)
Beras untuk masak nasi, karang nak makan ape. HAHA.


Okey benda benda tu kalau ade, kompom jadi eksperimen belanja hanya 4ringgit untuk 5hari.
Korang boleh total kan balik berapa ringgit korang boleh jimat.
Selepas itu, korang beli telur 10biji.
Jangan beli banyak sebab telur ni cepat busuk :)
If kat tempat naya, 40sen sebiji, so jatuh 4 ringgit untuk 10biji.
So kalau dah ada semua benda ni.
Korang boleh la goreng telur masak kicap, alaaa takan tak reti kot.
Makan dengan nasi.
Ehhh tak reti? Nak kena ajar laa ni? Eishhhh2.


First step, korang gorengkan telur mata dekat dalam kuali.
Make sure jangan hangus ea :P
Lepas tu, angkat telur yang sudah masak, letakkan di dalam mangkuk.
Then, tanpa menutup api dapur, gunakan minyak yang sama untuk menggoreng bawang yang dipotong nipis.
Masukkan serbuk lada hitam*jika ada.
Perasa tambahan dan garam secukup rasa dimasukkan sekali.
Tumis sehingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau.
Kemudian tuangkan kicap dan dikacau sebati.
Masukkan cili padi.
Tutup api dapur, dan tuangkan kuah kicap yang telah siap di dalam mangkuk yang berisi telur mata.
Sedia untuk dihidang.


Nasi boleh masak sendiri kan?
Tak perempuan laa kalau tak reti. HAHA :D
Nak tengok hasilnya??








Taraaaaaaa! Juadah hari hari.
Sumpah terbaik!!
Selamat Mencuba :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, June 6

PTPTN DIMANSUHKAN?? WHAT!!

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)

PTPTN dimansuhkan?? Ape semua nii? Mesti time korang dengar benda benda macam ni jantung korang dupdapdupdap kann! Mana nak carik duit nak bayar pengajian, dah belajar setengah jalan dah. Haihhh! Tadi naya pergi debat isunya "Pendidikan Percuma". Penceramah dia RAFIZI RAMLI. Memang PTPTN akan dimansuhkan.
Dalam debat sesi dialog tu, dia menyatakan bahawa ada 3golongan yang termasuk dalam isu ini. 
Golongan pertama iaitu golongan yang meminjam PTPTN dah tamat pengajian malah telah bayar. Golongan ini akan bersuara penuh kerana mereka telah membayar semua duit pinjaman tersebut. Penasihat menjawab golongan ini akan diberi wang cash ataupun diberi pilihan untuk sambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi secara percuma. WOW!!
Golongan kedua adalah golongan yang meminjam PTPTN dah habis pengajian tetapi tidak membayar lagi. Penasihat mengatakan golongan ini golongan yang bertuah kerana mereka akan tersenyum mengucap alhamdulillah bahawa bebanan mereka lepas selepas lepasnya! WOW!!! Tak aciiii!!
Golongan ketiga iaitu yang terakhir golongan yang meminjam PTPTN tetapi masih belum menamatkan pengajian, ataupun berada di tengah tengah pengajian PTPTN dimansuhkan begitu sahaja. Golongan ini paling kesian kerana PTPTN tidak dapat menolong mereka meneruskan pengajian. 
Saya selaku golongan yang ketiga amat amat tidak berpuas hati. Di mana masa depan kami yang berasal dari keluarga yang sederhana, di mana caranya untuk kami mengubah kehidupan keluarga kami setelah kami sendiri tidak mempunyai wang yang cukup. Lihat pula disudt pandangan keluarga yang susah, tak kan mahu melihat keluarganya terus susah. Hanya orang kaya orang yang mampu je boleh jadi pandai. Ini sangat sangat tidak adil bagi kami!!!
Tolonglah dengar rayuan kami sebagai orang yang tidak berkemampuan untuk menimba ilmu! Mencari ilmu untuk mengubah kehidupan keluarga kami! Huh!





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, May 19

PENGORBANAN SEORANG LELAKI



Nana seorang gadis yang manja dan cantik. Dia amat rapat dengan Tajol, abang kandungnya. Ke mana sahaja dia pergi abangnya mesti ada menemani dia dan menjadi kawan baiknya. Paei, kawan abangnya yang juga menjadi teman baik Nana selalu bersama mereka.

Paei ada menyimpan perasaan cinta kepada Nana, tetapi oleh sebab keadaan yang tidak sesuai dia terpaksa merahsiakan perasaannya kepada Nana dan juga Tajol. 

Kemesraan mereka bersama sama membuatkan perasaan Paei makin kuat dan kuat. Sampailah satu hari dia cuba meluahkan kepada Nana. Paei membawa Nana ke taman permainan yang hampir dengan rumah Nana dan meluahkan segala perasaannya kepada Nana dengan hati yang suci dan ikhlas. Selepas mendengar penjelasan dari Paei, Nana terus lari masuk ke dalam rumah dan menangis sepuas hati. Tajol yang hairan dengan keadaan Nana, terus menuju ke arah Paei. Paei menjelaskan segalanya dan Tajol faham.

Untuk beberapa bulan Nana tak mahu jumpe Paei sebab terkejut yang teramat sangat kerana Paei menganggapnya lebih dari seorang adik kerana Nana telahpun anggap Paei seperti abang kandungnya sendiri.

Satu malam tu, Paei ajak Nana dan Tajol pergi makan malam dan lepak same same macam dulu dulu. Pada mulanya Nana tak nak, tetapi apabila dah dipujuk Nana pon setuju walaupun malu untuk berhadapan dengan Paei. 

Macam biasa mereka bergurau senda dan rapat seperti biasa. Paei juga malu dengan Nana berlagak macam biasa apabila melihat Nana gembira dengan semua lawaknya pada malam itu. Nana lebih mendiamkan diri dan cover2 sebab malu sangat dengan Paei.

Di dalam kereta apabila dalam perjalanan balik, Tajol buka lagu yang popular pada masa itu "Pujaan Hati-Kangen Band". Dan Paei nyanyi dengan kuat berharap agar Nana dengar semua rintihan hatinya. Mungkin Nana pada masa itu agak blur dan kurang faham dengan maksud yg diperlakukan oleh Paei mengetuk kepala Paei dan berkata "Diamlahh, Nana nak dengar orang tu nyanyi, bukan Paei!!!". Paei ketawa kuat2 dan cubet pipi Nana sebab Nana comel sangat pada masa itu. 

Setibanya di depan rumah, mama Nana menyambut kepulangan mereka, Paei berkata kepada mama Nana, "Auntie, Paei pinjam kejap anak auntie nii tadi, nahh amek balik Paei pulangkan, Tak larat nak jaga. Degil sangat!! HAHAHAHA." 

Nana sakit hati dengan Paei pijak kaki Paei kuat kuat. Then lari masuk rumah. Paei gelak melihat karenah Nana yang seperti budak kecik tu. Malam tu mereka mesej bersama dan Paei mengatakan dia mahu tidur dan meminta Nana untuk bangun awal esok sebab ada benda dia nak cakap dekat Nana. Nana yang blur cuma menjawab "iye" sebab ngantuk yang teramat sangat.

Keesokan pagi, Nana bangun awal seperti yang disuruh. Nana menunggu panggilan dari Paei. Tetapi tiada, Nana hanya menunggu dan menunggu. Sampailah telefonnya berdering. Dari luar Nana dengar dan berlari masuk ke dalam rumah dengan harapan nombor Paei yang naik, tetapi nombor mama Paei yang naik. Mungkin kredit takde kot. Nana angkat seperti biasa dan mendengar suara kakak Paei di hujung talian. Kedengaran esak esak tangis nya dan meminta Nana untuk bersiap kerana sebentar lagi dia jemput.

Nana yang kehairanan bersiap dan menunggu kakaknya. "Apa lagi yang Paei nak buat nii. Suka sangat buat kejutan, Nasib baik tak ada sakit jantung. Kalau tak dah arwah dah aku." keluh Nana. Kakak Paei sampai dan bawa Nana ke rumah. Nana nampak ramai sangat di hadapan rumah Paei, "Ehh ade majlis ke? Ke birthday dia ni? Takkan la aku lupa". Nana masuk ke dalam rumah dan melihat sekujur tubuh kaku di depan mata Nana. Nana yg blur tidak dapat menangkap siapa punya tubuh itu, dan apabila mama Paei buka wajahnya, Nana rasa lemah, kejang dan rebah.

Apabila sedar, Nana lihat orang tengah kemas kemas. Dan Nana menjerit nama Paei. Kakak Paei datang dan tenangkan Nana. Waktu itu Nana tidak tahu apa yang Nana rasakan, cuma mahukan Paei bangun dan pujuk Nana dan berkata ini adalah khayalan semata mata. Tapi Nana tak ada kuasa seperti itu. Selepas Nana mula stabil, Kakak Paei hulurkan kotak yang besar. Dan tertulisnya sepucuk surat di dalam kotak itu. Kakak dia memberitahu bahawa Paei dah lama mahu bagi kotak ini pada Nana tetapi tidak berkesempatan dan tidak ada kekuatan. Nana mengambil dan buka dengan sayu. Surat yang ditulis berbunyi

Assalamualaikum Nenek yang comel :)
Di kesempatan ini Paei nak mintak maaf dekat Nana kalau surat Paei ni buat Nana terkejut. Paei cuma nak Nana tahu Paei dah jatuh cinta dekat Nana dan terlalu cintakan Nana. Paei sayang Nana lebih dari seorang abang kepada adiknya dan sayangkan Nana lebih dari Paei sayang diri Paei sendiri. 
Maafkan Paei Nana..
Kalaulah Paei tak mampu memiliki Nana di dunia ini, berilah kesempatan kepada Paei untuk memiliki Nana di dalam syurga yang kekal abadi nanti. Nana jangan sedih lagi, buruk la macam BADUT!! :)
Ingat Paei sayang Nana sangat sangat.

Your love, Paei

Dan Nana melihat di dalam kotak itu tersimpannya semua benda yang berkaitan dengan mereka. Tiket Wayang, Resit pembelian barang, Gambar bersama. Semua itu membuatkan Nana rasa lemah sangat dan menyesal kerana tidak mengetahui semua ini dari dulu.



# kisah di atas adalah kisah benar yang Naya dengar dari Nana ataupun nama penuhnya Nurdiana Ariena Bt Muzamier. Paei dikatakan kembali ke rahmatullah pada 18 November 2010 meninggal semasa tidur. Hayatilah kisah yang menyayat hati ini buat pedoman  kepada kita semua. Al-Fatihah kepada Muhammad Rifaie.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, May 13

SELAMAT HARI IBU, MAMA

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)

Entry kali nih, naya nak cerita pasal SESUATU YANG PALING BERHARGA dalam hidup naya. Iaitu MAMA :)

Dikesempatan ini, akak nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mama yang tersayang PUAN MAZLINDA BINTI RAHMAT. Akak sayang mama dunia akhirat!

Terima Kasih sebab mama dah lahirkan akak, dah jaga makan minum and pakai akak selama ni. Semua tuh akak tak mampu nak balas. Amat besar pengorbanan mama untuk akak!

Akak mintak maaf sebab selalu bantah cakap mama, selalu malas bila mama suruh. Mengeluh, Mendengus. Semua tuh akak mintak ampun maa :( 

Bila mama suruh picit kaki, semua anak anak mama buat buat tidor la, buat buat nak pegi dapur la, nak makan laa. kejap laa, ape laa. Tapi mama tetap senyum, mama tak marah pon. Bila tengok TV tangan mama gatal kena gigit nyamuk, mama selalu suruh akak garu kann. Mama nak manja dengan anak mama kan :)

Tapi satu benda yang akak mengalir air mata, Bila mama suruh akak masak and kemas rumah, Tapi akak cakap nanti, nanti. Sampailah mama bangun buat sendiri benda tu tanpa cakap ape ape, then mama siap panggil akak suruh makan. Ya Allah, betapa sucinya pengorbanan seorang ibu.

Maafkan semua kesalahan akak selama ni, akak sayang mama sangat sangat. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, February 20

HARGA SEORANG WANITA :)



ASSALAMUALAIKUM eblibadi :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, January 25

AIRMATA SEORANG WANITA T.T


pernahkah anda tertanya tanya kenapakah seorang wanita itu menangis hanya kerana seorang lelaki?

mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis ..
seorang perempuan tidak akan menangis dengan mudah ,
tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda ..
dia mula merendahkan egonya semata mata untuk anda ..

apabila dia menangis dihadapan anda ,
apabila dia menangis kerana anda ,
pandanglah matanya , ,
bolehkah anda rasakan apa yang dia rasa ?
mampukah anda ?

pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
fikirkan ..
berbaloikah dia menangis dihadapan anda ?
hanya kerana anda ,
dia menangis bukan kerana dia lemah 
dia menangis bukan untuk meminta simpati atau belas kasihan dari anda ,
dia menangis kerana dia tidak mampu lagi untuk menangis di dalam hati,
kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan ,
lalu dia mengeluarkan air yang sangat mahal ..

GUYS ...
cuba ambil masa seminit jek untuk berfikir 
jika si dia menangis hanya kerana anda ,
mungkin sudah tiba masanya untuk anda fikir kembali di mana silap anda ..
kerana hanya anda sahaja yang tahu jawapannya .
fikirkan ..
kerana suatu hari nanti ,
ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal ..
atau terlalu lambat untuk mengucapakn
"maafkan saya ...."

GUYS ...
kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan ..
beradalah di sisi dia , menemani dia .
kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda ..

GUYS ..
kalau seorang perempuan memangis kerana anda ,
janganlah anda meninggalkan dia,
selagi dia masih memerlukan ..
anda akan merosakkan hidup dia ..

GUYS ..
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan ,
selagi anda belum benar benar yakin dan sedia untuk bercinta ..
kerana anda hanya akan membuatkan si dia memangis dan sengsara 
mudah bagi seorang perempuan untuk berpura pura melupakan cinta lamanya , 
terutama cinta PERTAMA ..
tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya ..

hargailah betapa mahalnya nilai airmata seorang wanita ~


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen