Online Naya Diary Ehh sile sile masuk. Jemput Duduk! Penat jek Singgah ^_^: November 2015

Thursday, November 5

TOMYAM MAMA

ASSALAMUALAIKUM.....

Ermmmm... harini teringat dekat rumah tetiba. Yelah kan, lepas kahwin ni weekend je baru balik rumah walaupun dari rumah sewa sendiri ke rumah mama baru 15KM je. Kadang-kadang balik ke rumah mertua pula, jadi rindu masakan mama tu memang tak boleh dinafikan lagi. Cuba tanya setiap para isteri, rindu tak masakan ibunya. Mesti semua rindu kan. Jadi, disebabkan rindu yang teramat sangat, badan ni gigihlah selongkar peti ais cari ilham nak masak apa yang berkaitan dengan mama, cewahhh...

Selongkar punya selongkar, tetiba datang idea nak masak tomyam. Sebabnya terpandangkan baby corn dan carrot yg semakin layu. Sebab taknak buang benda yg layu tu begitu saja, kita masaklah sesuatu yg berkaitan benda layu tu walaupun topik sebenarnya nak berkaitan dengan mama.. okey dah merepek..

Okey, kalau nak cerita pasal tomyam ni. Tomyam mama yang paling special sekali. Sebab apa saya kata macam tu? Ofcos laa sebab dari air tangan mama kita sendiri, tapi paling best mama suka letak capsicum atau nama saintifiknya lada benggala. Dan mama juga suka letak ubi kentang, yang biasanya kita jumpa dalam sup saja kan, tapi kalini di tambah di dalam tomyam. Sumpah de best!!!

LETS START~~~

Bahan-bahan:

Bahagian ayam yang disukai (saya pilih tight, leher, isi)
Fish ball - dipotong dua
Fish cake - dipotong dadu
3 biji ubi kentang - dipotong memanjang
Bunga kobis
Baby corn atau bunga jagung
Capsicum - dipotong dadu
Carrot atau lobak merak - dihiris bulat
1 ulas bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih - diketuk
2 tangkai serai - diketuk
Kiub Tomyam Knorr
Asam keping - ganti limau nipis sebab tak ada
Daun limau purut - dikoyak dua
Garam
Air


Cara-cara:

1- Sediakan semua bahan seperti yang dinyatakan di atas.






2- Panaskan air di dalam periuk. Apabila sudah mendidih, masukkan bahagian ayam yang disukai ke dalam periuk bersama kiub tomyam knorr. Biarkan sehingga mendidih.

3- Sesudah mendidih, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan serai yg telah diketuk. Kacau perlahan-lahan dan masukkan garam.

4- Kemudian, masukkan ubi kentang dan carrot, biarkan seketika.

5- Masukkan semua sayur dan baki bahan yg telah disediakan tadi. Tutup periuk biarkan sehingga empuk.

6- Sedia untuk dihidang.


Taraaaaaaaaa~~~

Akhirnya terubat rindu pada mama. Nak tahu kelazatan dan kelebihannya, cubalah sendiri. Capsicum tu akan melahirkan aroma yg terbaru dalam masakan tomyam, di mana tidak boleh didapati di mana mana kedai selain air tangan mama saya sendiri. hehehe. Sekian, saya halalkan resepi ini untuk semua.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, November 4

Hari Bersejarah Dalam Hidup

ASSALAMUALAIKUM....

Fuhhh... Fuhhhh.... Dekat dua tahun mendiamkan diri.. Sorry yea..
Berhabuk debu hama blog kita ni,
InsyaAllah lepasni dah rajin la hakak nak update,
sebab apa?? Sebab hakak dah jadi fulltime housewife sekarang ni
Caya tak, caya tak? ngeee ~

Okey, memandangkan saya dah lama nau tak update..
Jadi, bermacam benda dah berubah sekarang
Dari title, rupa, bentuk dan sewaktu dengannya.. hahahaha :D

Sebelum tu, saya mintak maap la pada sesiapa yg mengenali saya,
yang saya tak sempat nak jemput time wedding saya haritu,
SAYA MINTA MAAF YEEEEEEE~~~
Bukan apa, sejak dua menjak bermenjak menjak ni
memang saya tak taksub dengan online ni
Sentiasa sibukkan diri dengan habiskan study, preparation nak wedding, dan sebagainya..
Jadi nak online ni memanglah tak sempat.

Jadi, now saya nak share la serba sedikit
gambar semasa berlakunya wedding day haritu
Hari dah dekat sebulan lebih jadi wife orang
since 18 Nov 2015

JOm usha usha gambor ~~~~~







Lepas Akad Nikah



Malam Berinai saya pakai songket Royal Blue


Majlis sanding siang belah perempuan


Majlis sanding siang belah lelaki


My Family


Family Mertua di Kota Tinggi



Wahai suami,
Terima Kasih aku ucapkan kepadamu.
Walaupun kita kenal tidak lama,
tidak seperti pasangan lain,
yang bertahun bercinta,
sering bertemu mata,
tetapi kita mampu melahirkan cinta kita
yang tulus suci untuk bersama..
Suamiku,
Akhirnya Allah mendengar luahan kita,
Segala impian kita kini menjadi nyata,
Aku dan kau tinggal di bawah bumbung yang sama,
Makan di meja yang sama, menu yang sama,
Tidur di katil yang sama, berdua.
Sesungguhnya diri ini amat menyayangimu,
mencintaimu dan merindui mu selalu.
Moga kita sama sama kuat menempuhi alam yang baru,
memiliki dan dimiliki,
bahagia selalu.
Berkatilah hubungan ini ya Allah.. Amin..





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen