Online Naya Diary Ehh sile sile masuk. Jemput Duduk! Penat jek Singgah ^_^: PTPTN DIMANSUHKAN?? WHAT!!

Wednesday, June 6

PTPTN DIMANSUHKAN?? WHAT!!

ASSALAMUALAIKUM eblibadi =)

PTPTN dimansuhkan?? Ape semua nii? Mesti time korang dengar benda benda macam ni jantung korang dupdapdupdap kann! Mana nak carik duit nak bayar pengajian, dah belajar setengah jalan dah. Haihhh! Tadi naya pergi debat isunya "Pendidikan Percuma". Penceramah dia RAFIZI RAMLI. Memang PTPTN akan dimansuhkan.
Dalam debat sesi dialog tu, dia menyatakan bahawa ada 3golongan yang termasuk dalam isu ini. 
Golongan pertama iaitu golongan yang meminjam PTPTN dah tamat pengajian malah telah bayar. Golongan ini akan bersuara penuh kerana mereka telah membayar semua duit pinjaman tersebut. Penasihat menjawab golongan ini akan diberi wang cash ataupun diberi pilihan untuk sambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi secara percuma. WOW!!
Golongan kedua adalah golongan yang meminjam PTPTN dah habis pengajian tetapi tidak membayar lagi. Penasihat mengatakan golongan ini golongan yang bertuah kerana mereka akan tersenyum mengucap alhamdulillah bahawa bebanan mereka lepas selepas lepasnya! WOW!!! Tak aciiii!!
Golongan ketiga iaitu yang terakhir golongan yang meminjam PTPTN tetapi masih belum menamatkan pengajian, ataupun berada di tengah tengah pengajian PTPTN dimansuhkan begitu sahaja. Golongan ini paling kesian kerana PTPTN tidak dapat menolong mereka meneruskan pengajian. 
Saya selaku golongan yang ketiga amat amat tidak berpuas hati. Di mana masa depan kami yang berasal dari keluarga yang sederhana, di mana caranya untuk kami mengubah kehidupan keluarga kami setelah kami sendiri tidak mempunyai wang yang cukup. Lihat pula disudt pandangan keluarga yang susah, tak kan mahu melihat keluarganya terus susah. Hanya orang kaya orang yang mampu je boleh jadi pandai. Ini sangat sangat tidak adil bagi kami!!!
Tolonglah dengar rayuan kami sebagai orang yang tidak berkemampuan untuk menimba ilmu! Mencari ilmu untuk mengubah kehidupan keluarga kami! Huh!





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

Awak Bagi laa komen sikit untuk entry saya, satu pun jadilah :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen